Jun 4, 2011

Suku Keluarga Woghieh

Di Negeri Sembilan terdapat 12 suku atau keluargo dinyatokan dalam sobuah gurindam yang berbunyi

Raja beralam, Penghulu berluak, Lembago berlingkungan, Buapak beranak buah, Anak buah duduk bersuku-suku, Berapo sukunyo? Dua Boleh!

Suku Biduanda/waris (dondo)
Batu Hampar (Tompar)
Paya Kumbuh (Payo Kumboh)
Mungkal
Tiga Nenek
Seri Melenggang (Somolenggang)
Seri Lemak (Solomak)
Batu Belang
Tanah Datar
Anak Acheh
Anak Melaka
Tiga Batu

Apakah Adat Pepatih
Adat dipakai baru, jiko kain dipakai usang

Adat Pepatih berasal dari Ranah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh sorang pemimpin Minang benamo Sutan Balun yang bergola Dato' Pepatih Nan Sebatang. Adat ini adolah amalan dan peraturan hidup yang ditontukan bagi masyarakat Minangkabau yang rato-rato eh adolah petani ketiko itu. Tak ado tarikh yang topek dicatatkan bilo adat ni diwujudkan. Tetapi Adat Pepatih dibawo ko Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ko 14 Masehi.

Di Malaysia, Adat Pepatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan sebahagian dari Melaka terutamanya Masjid Tanah. Majoriti mereko adalah keturunan Melayu Minangkabau.

Rang gadih mangarek kuku
Pangarek pisau sirauik
Paruik batuang tuonyo
Batuang tuo elok ka lantai
Nagari ba ampek suku
Dalam suku babuah paruik
Kampuang banan tuo
Rumah batunganai
(anak gadih memotong kuku, dikarek ngan pisau siraut, pisau siraut peraut botung tuo, botung tuo baik untuk lantai, nagari mempunyai ompek suku, dalam suku bebuah porut, kampung betuo, rumah bertungganai).

Masyarakat Adat Pepatih terbahagi kepado tigo kumpulan utamo iaitu Porut, Suku dan Luak. Porut adolah unit sosio-politik yang terkocik di mano anggoto sosuatu porut itu adolah berasa daripado moyang (keturunan perempuan) yang samo. Mereko ini sangat rapat dan lazimnyo tingga di sesuatu pekampungan atau kawasan yang samo. Setiap porut mempunyai seurang ketuo yang digolar Buapak. Buapak ini dipilih oleh anak-anak buah di dalam sesuatu porut berkenaan.

Kumpulan yang keduo ialah suku. Suku dibontuk oleh beberapo porut yang menjadikan keluago bekenaan semakin bosa. Suku diketuai oleh seorang ketuo yang digolar To' Lembago.

Kumpulan ketigo ialah Luak. Luak adalah unit kawasan pentadbiran dari sogi adat di mano ado ompek luak utamo iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang Undang. Selain daripada ompek luak utamo ini ado satu lagi luak yang kelimo dipanggil Luak Tanah Mengandung. Luak Tanah Mengandung ini adalah terdiri daripada lima luak kocik di Seri Menanti iaitu Luak Inas, Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, Luak Terachi dan Luak Jempol. Setiap luak kocik ini ditadbirkan oleh sorang ketua yang bergelar Penghulu Luak.

Adat Pepatih ini diwariskan dari generasi ko generasi melalui kato-kato perbilangan. Io merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harto pesako, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bemasyarakat, sistem menghukum mereko yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ado perbilangannyo dan setiap peraturan itu ado rasional atau sobab-sobab terjadinyo hukum atau adat itu.

Perlantikan pemimpin, misanyo, banyak yang menyamokan sistem Adat Pepatih dongan amalan demokrasi. Contohnyo ialah perlantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan di mano bukannya melalui keturunan dari bapo ko anak tetapi adalah melalui pemilihan oleh Undang Luak yang ompek iaitu Undang Rembau, Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan Undang Jelebu. Ompek undang ini akan bermesyuarat untuk melantik salah seorang keturunan dari raja Pagar Ruyung untuk menjadi Yang DiPertuan. Undang Luak pula dilantik oleh Dato'-Dato' Lembago di luak (daerah) masing-masing. Dato' Lembago ini pulo adalah pemimpin-pemimpin yang dilantik secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin keluargo yang digelar Buapak. Oleh itu secara keseluruhannyo kuasa melantik pemimpin itu sebonanyo berado di tangan rakyat biaso. Inilah satu sistem Adat Pepatih yang ada persamaan dengan demokrasi.

Sakali aia gadang
Sakali tapian barubah
Namun aia kailia juo sakali gadang baganti
Sakali peraturan barubah
Namun adat baitu juo
(sekali air besar, sekali tepian berubah, namun air ko hilir juga, sekali besar berganti, sekali peraturan berubah, namun adat begitu juga).

Adat Pepatih ado limo prinsip utamo
1. Keturunan dikiro melalui nasab ibu: Adat Pepatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bondo kandung iaitu ibu yang melahirkan anggoto-anggoto masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggoto suku ibunya dan bukan anggoto suku baponyo
2. Tompek Kediaman adolah di kawasan ibu isteri: Apobilo belangsungnyo sosuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannyo dan menotap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semonda. Pado zaman dahulu si lelaki akan mengusohokan tanah keluarga isterinyo
3. Perempuan mewarisi pesako, lelaki menyandang sako: Hanya lelaki sajo yang berhak menyandang sako (jawatan-jawatan dalam adat) manakalo perempuan adolah mewarisi harto pesako keluarga ibunyo
4. Perkahwinan soporut atau sosuku adolah dilarang: Dalam sosuatu porut dan suku, hubungan adolah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam porut atau sukunyo adalah sedaro perempuannyo. Begitu juo sebaliknyo. Oleh itulah perkawinan sesamo suku ini adolah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesamo suku akan hilang haknyo untuk mewarisi harta pesako ibunyo manokala lelaki pulo akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat
5. Orang luar boleh menjadi ahli sosuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibonakan orang luar untuk menjadi ahli sosuatu suku dengan caro melalui upacara bokodim. Dalam upacaro ini seseorang itu akan bersumpah taat setio dan besaudaro dengan ahli-ahli suku yang akan disertainyo

Baribu nan tidak lipuah, jajak nan indak hilangSatu ajaran yang tetap berkesan, yang diterima turun temurun.

Hari paneh kok tak balinduang
(hari panas jika tidak berlindung, hari hujan jika tidak berteduh, hari kelam jika tidak bersuluh, jalan lengang jika tidak berteman).

Pembahagian harto
Selalu menjadi topik pedebatan hangat mengenai Adat Pepatih adolah mengenai pemberian harto pesako yang memborian kelobihan kepado perempuan. Inilah satu-satunyo isu dalam Adat Pepatih yang solalu disalah fahaman. Sebonar eh, pemberian pesako yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluargo. Sobabnyo tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semato-mato untuk menjago kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Pepatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Pepatih walau betapo miskin dan papa pun, dio tidak akan merempat atau menjual maruahnyo untuk hidup. Jiko dio pulang ko kampungnyo dio sudah ado tanah kampung dan sawah untuk dikojokan sebagai penyambung rezeki. Manokalo anak lelaki pulo dianggap lobih toguh dan tahu untuk torus berusoho untuk hidup (survival). Akan harto atau tanah yang diperolehi sebagai harto sepencarian mako pembahagiannyo adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).

Terdapat juga golongan dari suku minagkabau (keturunan Raja Perba) yang terpakso bepantang, mereko dilarang memakan robung dari buluh betong, tidak boleh makan kerbau balau dan tak boleh kono daun selinsing.

Hari hujan kok tak bataduah
Hari kalam kok tak basuluah
Jalan langang kok tak bakawan
Categories:

0 komen:

Post a Comment