Jul 11, 2010

Wira Pemanah Helang

Prolog

Di situ bangunan-bangunan tinggi
Di kelilingi gunung-ganang hijau berdiri
Kemeriahan di Tasik Barat tiada henti
Angin sepoi-sepoi bahasa meniup seri
Membuatkan pengembara terlupa diri
Ibukota lama (Bianzhou) masih ditakluki
Lalu menganggap Hangzhou untuk diri


Syair di atas adalah lukisan dari peristiwa pada zaman kerajaan Song Selatan. Syair yang cuma menyatakan para pegawai Song Selatan ketika itu lebih suka bersukaria di tepian Tasik Barat dan menganggap Hangzhou sebagai ibukota diraja sehinggakan lupa untuk mendapatkan semula wilayah yang telah di takluki musuh dan lupa untuk pulang semula ke Bianzhou (bekas kota diraja di daerah Hunan). Syair ini menyindir Maharaja Gaozong yang melupai bapanya (Huizong) dan abangnya (Qinzong) yang masih ditawan musuh. Emas dan permata meliputi kawasan Song Selatan itu, gadis-gadis cantik ramai yang memikat. Begitulah betapa kekayaan Song Selatan sehinggakan tidak terlepas dari keinginan kerajaan Jin untuk mendapatkan wilayah itu. Tapi kata putus penaklukan bukan terletak pada bangsa Jin itu, tetapi ditentukan dari keputusan Jabatan Kerajaan Song Selatan itu sendiri.

Pada penghujung pemerintahan Maharaja Huizong dari Dinasti Song, mereka telah berpakat dan bersekutu dengan bangsa Jin untuk menentang negeri Liao (bangsa Qidan). Baginda dan pasukan tentera yang diketuainya telah diserang dan dikepung di kota Yanjing oleh pasukan tentera Liao. Kemudian atas permintaan Tongguan, pasukan tentera Jin pun berkejar ke kota Yanjing. Pasukan tentera Liao pun diusir tetapi kota Yanjing pula ditawan oleh tentera Jin. Sejak berlakunya peristiwa itu, bangsa Jin pun mula menyimpan cita-cita untuk menumpaskan Dinasti Song. Sebenarnya bangsa Han (Dinasti Song) dapat menandingi bangsa Jin dengan kelebihan 100 orang kepada 1. Hanya jikalau Jabatan Maharaja mengerahkan pegawai-pegawai yang jujur dan ikhlas dan kelebihan 100:1, tidak mungkin kerajaan Jin akan menang. Tapi sayang, Maharaja Huizong ketika itu mempercayai pegawai-pegawai yang mementingkan diri, rasuah dan menindas rakyat yang mana pegawai-pegawai ini akan menghukum mereka yang menentang kerajaan Jin. Secara tak langsung pegawai-pegawai rasuah ini seperti melutut dan mempelawa tentera-tentera Jin untuk menjajah. Keadaan ini sudah tentu membuatkan kerajaan Jin dengan senang hati mengambil kesempatan untuk mengambil tanah yang subur itu.

Pegawai-pegawai seperti Zaijing dan Wongyu hanya tahu menaikkan cukai untuk kepentingan mereka sendiri, Tongguan dan Liang Shichen adalah sida-sida yang hanya tahu mengampu, Gaoqiu dan Li Bangyan pula hanya berpeleseran dan mencari wanita-wanita cantik untuk Maharaja mereka. Maharaja pula tidak mengambil tahu akan masalah negara. Maharaja hanya tahu berjumpa dengan para rahib untuk tilikan nasib ataupun bersiar-siar mencari batu-batan yang cantik untuk dibuat perhiasan. Apabila tentera Jin tiba, Maharaja Huizong pula menjadi penakut seperti kura-kura menyembunyikan kepala dalam cengkerang dan menyerahkan takhtanya kepada anaknya iaitu Maharaja Qinzong. Pada tahun 1127, ibukota Dinasti Song (Bianzhou) telah diserbu oleh tentera-tentera Jin.

Pada ketika itu, LiGang sedang mempertahankan kotaraja Banliang dan menentang tentera Jin. Maharaja Qinzong yang telah mengambil alih teraju pemerintahan Dinasti Song pula lebih teruk lagi kerana menuruti saja fitnah dan cadangan-cadangan para pegawai yang rasuah itu untuk menyingkirkan LiGang. Tambahan dari itu Maharaja Qinzong telah menggantikan LiGang dengan pegawai yang menganggap dirinya duta dari Tuhan yang bernama GuoJing (bukan watak utama dalam siri ini) yang kononnya dapat menjemput ‘Tentera Syurga’ untuk mempertahankan kotaraja. Ketika itu kerajaan Song telah menjadi sedemikian lemah hingga akhirnya kedua Maharaja Huizong dan Qinzong ditawan oleh bangsa Jin. Kemudian kedua maharaja itu telah dibawa dan ditawan di ibukota Negeri Liao.

Tidak berapa lama kemudian, wilayah China di sebelah utara Sungai Kuning pun jatuh ke dalam tangan tentera Jin. Askar-askar Jin amat jahat dan kejam. Mereka telah mengambil peluang ini untuk membunuh rakyat Dinasti Song dan memperkosa wanita-wanita bangsa Han. Oleh itu, Raja Kong iaitu adik Maharaja Qinzong bersama rakyatnya lalu menyeberang ke Selatan, menerima takhta kerajaan di kota Lingan (Hangzhou ibukota Chekiang, inilah yang dimaksud dengan Selatan) dan menubuhkan kerajaan Song Selatan, menjadi Maharaja Gaozong yang disokong kuat oleh 2 orang Jenderal YueFei dan Jenderal Han Shizong.

Tapi malangnya Jenderal YueFei telah difitnah oleh QingGui sehingga menyebabkan kematian si jenderal yang pada mulanya telah berjaya menghalau tentera Jin. Apabila diteliti, QingGui bukanlah dalang yang menyebabkan kematian Jenderal YueFei. Semasa Jenderal YueFei dengan dibantu oleh pemberontak negara Song, menyerang tentera Jin sehingga menyebabkan tentera Jin kalah dan kelam-kabut, dalam waktu sesulit itu semasa musuh mengancam di sempadan, setelah separuh dari negara berada di dalam tangan musuh itu, sudah selayaknya seorang maharaja bangkit membuat perlawanan. Tetapi ketika itu Maharaja Gaozong ini takut terhadap tentera Jin itu yang dipandang seperti harimau dan juga merasa khuatir kalau kedua maharaja Huizong dan Qinzong nanti akan dapat kembali dari tawanan hingga dia tak dapat terus duduk di atas singgahsana naga.

Maharaja Gaozong telah menghantar surat gencatan menyerah dan perjanjian damai melalui QingGui (Di Hangzhou telah dibuat patungnya sebagai tanda peringatan dari khianatnya terhadap negara dan ada satu waktu yang patungnya itu telah diperhina dengan ludah maupun kotoran manusia). Tentu saja surat perdamaian ini menggembirakan kerajaan Jin tapi mereka sempat menghantar surat pernyataan “Tiada perjanjian damai selagi Jenderal YueFei tidak dibunuh”. Oleh itu atas kelicikan QingGui, Jenderal YueFei pun dibunuh di Pavilion Perubahan. Sesudah itu dengan merendahkan martabat sendiri dia mengajukan perdamaian dengan kerajaan Jin. Inilah pengharapan kerajaan Jin yang disaat itu gelisah sebab telah berulangkali mereka memperoleh kekalahan dari Jenderal YueFei, hingga semangat terpukul hebat, sementara di wilayah Utara mereka terancam pemberontakan tentera rakyat sukarela. Begitu di dalam bulan pertama tahun 1138 masehi perdamaian telah ditandatangani dengan syarat sempadan kedua negara Song dan Jin adalah aliran tengah dari Sungai Kuning.

Perdamaian itu namanya saja perdamaian, kenyataannya adalah penaklukan dari Maharaja Gaozong itu (Raja Kong adalah putra ke-9 dari Maharaja Huizong). Sebab di dalam suratnya, Gaozong menyatakan dan mengaku sudah terima budi kebaikan Maharaja Jin, kerana mana turun temurun dia akan menjadi ‘menteri yang setia’ serta berjanji setiap hari lahirnya, “Raja” demikian dia menyebut Maharaja Jin itu – begitu juga setiap tahun, dia akan kirim utusan memberi selamat sambil menghantar ufti wang perak 25,000 tahil dan sutra 25,000 papan. Martabatnya sebagai seorang raja sungguh memalukan, ketika tentera dan rakyat negeri mengetahui hal itu, semuanya menjadi murka dan berduka. Lebih bersedih adalah rakyat di wilayah utara sungai Huai Si itu, kerana mereka menjadi tidak mempunyai harapan lagi akan bangunnya negara. Dipihak lain, Gaozong menganggap itu adalah jasa besar dari dorna CinKwee, juga dorna yang sudah tinggi pangkatnya iaitu Siaupo Copoksia merangkap Kie-bit-su gelar Datuk Raja Lu, dinaiki pula menjadi perdana menteri, hingga kedudukannya telah mencapai puncaknya kebesaran seorang menteri.

Semenjak itu bangsa Jin menduduki separuh dari wilayah China. Walaupun demikian pemerintahan di Hangzhou malah bertambah buruk, maharaja dan menteri-menterinya, setiap hari berpelesiran saja, berpesta ria, tidak memikirkan lagi kepentingan negara, sedang beberapa menteri atau perwira yang setia, umumnya kalah pengaruh dan tidak berdaya, hingga mereka pada menutup mata kerana mereras. Demikan syair di atas, gambaran dari Maharaja yang lemah dan buruk tapi pecandu pelisir.

Beberapa tahun telah berselang, Maharaja Huizong itu digantikan oleh Maharaja Qinzong. Maharaja Qinzong digantikan oleh Maharaja Gaozong, kemudiannya oleh Maharaja QinYuan. Pada tahun ke-5 dari maharaja ini, sewaktu musim dingin, telah turun hujan salji lebat selama 2 hari berturut-turut, hingga Hangzhou, ibukota Kerajaan Song Selatan seperti bermandikan air perak, bercahaya berkilau, indah dipandang. Dan diwaktu begitu, maharaja dan menteri-menterinya duduk mengelilingi perapian, bersenang-lenang meneguk air kata-kata

0 komen:

Post a Comment